Penerima vaksin Sinovac lebih mudah alami simpton teruk Covid-19 – Kajian

- Advertisement -

SINGAPURA: Individu yang mengambil vaksin CoronaVac Sinovac adalah hampir lima kali lebih berkemungkinan mengalami simptom teruk Covid-19 berbanding mereka yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Itu adalah hasil kajian yang dijalankan di Singapura dan diterbitkan pada Selasa (12 Apr)  melibatkan kira-kira 2.7 juta orang di Singapura berumur 20 tahun ke atas yang menerima dua dos di bawah program vaksinasi nasional.

- Advertisement -

Kajian tersebut meliputi tempoh tujuh minggu pada 2021 dari 1 Okt hingga 21 Nov, apabila kes Covid-19 di Singapura meningkat disebabkan oleh varian Delta.

Pasukan kajian tersebut, yang termasuk pakar penyakit berjangkit dari Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan Kementerian Kesihatan (MOH), telah membuat pemerhatian terhadap keberkesanan relatif yang lebih rendah daripada dua vaksin keseluruhan virus yang tidak diaktifkan – Sinovac dan Sinopharm – terhadap jangkitan Covid-19 berbanding kepada vaksin mRNA – Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Hasilnya didapati individu yang menerima vaksin Sinovac adalah 4.59 kali lebih berkemungkinan menghidap simpton teruk Covid-19 berbanding mereka yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech. 

Golongan tersebut juga  2.37 kali lebih berkemungkinan senang dijangkiti Covid-19, berbanding mereka yang mengambil vaksin Pfizer-BioNTech.

Simpton teruk Covid-19 ditakrifkan sebagai individu yang memerlukan suplemen oksigen di hospital, kemasukan unit rawatan rapi (ICU) atau kematian.

Penemuan hasil kajian itu juga mencadangkan bahawa vaksin Moderna lebih berkesan untuk mencegah simpton teruks Covid-19  berbanding  vaksin Pfizer-BioNTech.

Mereka yang mengambil Moderna didapati kurang daripada separuh (0.42) kali ganda berkemungkinan menghidapi Covid-19 yang teruk berbanding penerima Pfizer-BioNTech, dan mereka juga kurang berkemungkinan dijangkiti virus berkenaan

Memetik laporan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, keberkesanan vaksin Moderna yang lebih tinggi berkemungkinan disebabkan kandungan mRNA yang lebih tinggi dalam vaksin Moderna dan selang masa yang lebih lama antara suntikan.

“Individu yang divaksinasi dengan dua dos vaksin keseluruhan virus yang tidak aktif didapati mempunyai perlindungan yang lebih rendah terhadap jangkitan Covid-19 berbanding dengan mereka yang divaksin dengan vaksin mRNA,” ujar kenyataan daripada kajian itu.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua vaksin mRNA dan vaksin keseluruhan virus yang tidak aktif memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap simpton teruk Covid-19 dan vaksinasi kekal sebagai strategi utama terhadap wabak itu,” ujar kenyataan daripada kajian itu.

Sehingga tengah hari Selasa, kira-kira 96 ​​peratus penduduk yang layak menerima vaksinasi di Singapura telah divaksinasi di bawah program vaksinasi kebangsaan, manakala kira-kira 73 peratus telah menerima suntikan penggalak masing-masing. – CNA

- Advertisement -