Doktor Mesir di UK pertama kali iftar bersama selepas dua tahun

Selepas dua tahun tidak dapat berbuka puasa bersama, akhirnya pada tahun ini ahli-ahli perubatan di Mesir yang bertugas di United Kingdom ini dapat kembali bertemu dalam majlis iftar sempena Ramadan 2022. (FOTO Arab News)
- Advertisement -

LONDON: Ahli sebuah organisasi untuk komuniti perubatan Mesir di United Kingdom kembali berkumpul untuk majlis berbuka puasa atau iftar pertama mereka dalam tempoh dua tahun.  Sebelum ini, mereka terpaksa melupakan tradisi Ramadan tahunan itu disebabkan pandemik Covid-19.

Duta Mesir ke UK menyertai kira-kira 75 ahli Persatuan Perubatan Mesir (EMS)  pada majlis itu, ketika mereka berkumpul di sebuah restoran di tengah London untuk berbuka puasa bersama pada Rabu (12 April).

- Advertisement -

Presiden EMS, Dr. Dia Kamel berkata, pihaknya telah cuba melakukan lebih banyak aktiviti sekarang ini  kerana EMS tidak aktif sepankjang tempoh dua tahun pandemik Covid-19.

“Tetapi sekarang ini, kami cuba aktif semula  dan kami cuba memberi tumpuan kepada membantu golongan miskin dan kerja-kerja amal dan bagaimana untuk (memperbaiki penjagaan perubatan) di Mesir dan juga di sini (UK),” ujarnya.

Hampir 4,000 daripada kira-kira 7,500 doktor perubatan Mesir yang bekerja di Britain adalah ahli EMS. Bagaimanapun, jumlah ahli EMS dari kalangan doktor perubatan  kini berjumlah kira-kira 6,000 kerana ia juga mengalu-alukan keahlian daripada kalangan doktor dari negara Arab, dan beberapa individu yang bekerja dalam profesion lain.

Ahli EMS mula kembali meneruskan aktivitinya pada Julai tahun lalu apabila sekatan wabak Covidi-19 mula ditarik balik di England, selepas apa yang digambarkan Kamel sebagai ‘tempoh sukar’  selama dua tahun. 

“Matlamat kami (adalah) untuk mengumpulkan semua doktor Arab yang bekerja di UK, serta rakyat Mesir.

“Kami berada di UK dan tidak berpangkalan di negara asal kami, jadi kami menganggap mana-mana rakan sekerja Timur Tengah sebagai kawan kami; mereka dialu-alukan di EMS,” tuturnya.

Kamel yang merupakan perunding patologi dan profesor di Universiti Anglia Ruskin di Essex, berkata EMS menganjurkan acara amal dan menyumbang khususnya kepada Mesir, selain dunia Arab.

“Kami menganjurkan beberapa program saintifik di mana golongan doktor Arab bertemu dan bertukar maklumat dan idea terkini, terutamanya berkaitan pelesenan dan pengesahan dan apa yang paling penting ialah bagaimana mereka boleh menjalani latihan perubatan dengan selamat di UK,” katanya. – Arab News

- Advertisement -