JAKIM junjung Titah Sultan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum dan menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu membabitkan pentadbiran Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

- Advertisement -

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, JAKIM selaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi Peraturan MKI yang ditetapkan serta arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI.

“Saya Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha MKI mengambil maklum dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI melalui Kenyataan Media yang dikeluarkan pada Sabtu, 9 April 2022.

“JAKIM selaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi Peraturan MKI yang telah ditetapkan dan arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI.

“Saya mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI terhadap tatakelola pentadbiran MKI,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Pada Sabtu, Sultan Selangor bertitah JAKIM tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan-keputusan yang dibuat oleh MKI.

Titah baginda, ini kerana ia berada di bawah bidang kuasa baginda selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI dan Majlis Raja-Raja. – HARAKAHDAILY 10/4/2021

- Advertisement -