Zoo Al Ain tawar pakej buka puasa bersama singa

Seekor singa jantan dirakam sedang tidur di Zoo Al Ain, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. (FOTO istockphoto)
- Advertisement -

DUBAI: Singa terkenal dengan keganasannya apabila ia lapar, jadi mungkin bukan perkara luar biasa apabila Zoo Al Ain di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menggandingkan waktu berbuka puasa (iftar) pada bulan Ramadan kali ini dengan waktu makan spesies ‘kucing’ paling gah itu.

Bagi mereka yang berpuasa, makanan adalah sangat penting dan pengalaman iftar di zoo sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza, sementelah apabila berbuka bersama sekumpulan singa.

- Advertisement -

Bagaimanakah agaknya perasaan berbuka puasa di zoo bersama singa itu kelak?

Ini kerana pengunjung bukan berbuka puasa sambil melihat singa-singa berkenaan dari kejauhan, tetapi meja makan terletak hanya beberapa meter dari tempat singa diberi makan.

Sehubungan itu, pihak Zoo Al Ain telah menyediakan kawasan untuk iftar di pinggir ‘wilayah’ singa, dalam landskap seperti di Afrika, hanya 10 meter dari ‘raja-raja hutan’ ketika mereka menikmati makanan mereka. 

Jurucakap Zoo Al Ain dalam kenyataannya berkata, pakej iftar yang disediakan adalah untuk seramai 12 pengunjung bag satu meja yang dihias cantik termasuk beberapa batang lilin.

“Pengunjung diwajibkan berpakaian serba putih, dan layanan  dan sajian makanan yang disediakan adalah dengan perkhidmatan kelas pertama.”

“‘Ceramah’  ketika iftar dihiasi dengan, dengusan, raungan dan rintihan singa-singa berkenaan yang tersembunyi dalam kegelapan yang menyelubungi meja anda di tengah-tengah tempat makan,” ujar kenyataan itu.

Pakej iftar bersama singa di Zoo Al Ein menawarkan harga sebanyak RM960 bagi setiap seorang pengunjung yang termasuk lawatan waktu malam di Al Ain Safari turut disediakan perkhidmatan jurupandu terlatih. (FOTO alainzoo.ae)

Tambah kenyataan itu, iftar di Zoo Al Ain adalah dalam suasana makan malam seolah-olah berada dalam novel popular nukilan novelis legenda, Agatha Christie, ditambah dengan bau dan bunyi-bunyian hutan yang sebenar.

“Mulakan makan anda dengan kurma; kacang dan buah-buahan kering termasuk aprikot, kismis, buah tin, badam, pistachio dan walnut; dan jus Ramadan seperti qamar al din, jallab dan Vimto. 

“Seterusnya, masukkan gulungan dari bakul roti ke dalam sup lentil atau harira.

“Pilihan mezze sejuk dan panas berikut, dengan hummus Beiruti, bit mutabel, tabbouleh, fattoush, kentang harra dan daun anggur yang disumbat membentuk bekas; dan samosa Punjabi, kibbeh goreng dan fatayer keju,” jelas kenyataan itu lagi.

Pintu masuk Zoo Al Ain di Dubai yang merupakan zoo terbesar di Emiriyah Arab Bersatu. (FOTO wypages)

Tambah kenyataan pihak Zoo Al Ain,ia kemudian diikuti dengan tujuh hidangan utama yang berdaging, pemanggang campur, tukul dalam sos mentega-lemon, biryani ayam, harees anak lembu, thareed kambing, tourlou tajin dan nasi safron.

“Makanan pencuci mulut terdiri daripada buah-buahan dan pilihan manisan Ramadan. Sajian diakhiri hidangan dengan kopi Arab atau teh pudina,” kata kenyataan tersebut.

Mengenai harga pakej iftar berkenaan, ujar pihak Zoo Al Ein, setiap seorang pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Dh840 (RM960), yang termasuk pakej lawatan waktu malam di Al Ain Safari dengan disediakan perkhidmatan jurupandu terlatih.

Pakej Iftar itu perlu ditempah untuk sekurang-kurangnya untuk empat orang dan kira-kira 48 jam lebih awal; dengan kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan. – thenationalnews

- Advertisement -