Dana cukai AS$400 juta: Palestin gesa tekanan Bank Dunia ke atas Israel

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh. (FOTO AFP)
- Advertisement -

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggesa Bank Dunia campur tangan dalam pertikaiannya dengan Israel berhubung lebih AS$400 juta hasil cukai tertahan.

Sumber kanan pentadbiran Palestin dalam kenyataannya berkata, seruan itu dibuat di tengah-tengah amaran ‘ancaman wujud’ kepada PA kerana sokongan kewangan yang semakin berkurangan daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara Arab, serta kekurangan  dana dalam pendapatan cukai.

- Advertisement -

Perdana Menteri Palestin. Mohammed Shtayyeh dan Menteri Kewangan, Shukri Bishara  yang mengadakan pertemuan dengan  Pengarah Kanan Bank Dunia di Ramallah pada Selasa (22 Mac) lalu dan sehubungan itu menggesa bank berkenaan memberi tekanan ke atas Israel berhubung hasil cukai yang disekat kuasa rejim tersebut.

“Potongan Israel daripada cukai yang dikutipnya bagi pihak PA mencecah AS$400 juta pada tahun lepas, 42 peratus daripada defisit bajet tahun ini,” kata Bishara.

Cukai yang dikutip oleh Israel menurutnya, telah membentuk kira-kira separuh daripada pendapatan PA. 

“Walau bagaimanapun, di bawah undang-undang 2018, Israel mengira berapa banyak yang mereka percaya PA telah membiayai secara tetap kepada ketenteraan Palestin, dan memotong jumlah itu daripada cukai yang dikutipnya.

“Kekurangan dalam hasil cukai, dan penghentian sokongan kewangan daripada AS, EU dan negara-negara Arab untuk PA telah membawa kepada ‘krisis kewangan yang membentuk ancaman wujud kepada kelangsungannya’ di Palestin,” dedah pula seorang pegawai kanan Palestin.

Pada pertemuan di Ramallah, kedua-dua pemimpin Palestin turut membincangkan tentang sokongan Bank Dunia untuk projek di wilayah Palestin, dengan mengatakan bahawa pembangunan adalah penting untuk mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan belia dan graduan universiti.

Shtayyeh menyemak pembaharuan pentadbiran dan kewangan, sambil berkata: “Usaha ini mesti disertai dengan tekanan antarabangsa ke atas Israel untuk menghentikan pemotongan yang tidak adil daripada dana kami, melepaskan dana yang ditahan dan meneruskan sokongan antarabangsa untuk Palestin.”

“Penyelesaian politik diperlukan untuk memastikan penambahbaikan yang berkesan dan praktikal dalam keadaan hidup,” tegasnya.

Sementara Bishara memberitahu pegawai Bank Dunia bahawa kepimpinan Palestin bekerja di bawah ‘keadaan luar biasa tidak seperti yang dihadapi oleh negara lain’.

Pegawai PA menunjukkan  bahawa pencerohan Israel jelas telah menghalang kemajuan pembangunan dan kewangan di wilayah Palestin.

Bank Dunia sebelum ini menguruskan bantuan yang diberikan oleh beberapa negara Eropah dan Arab yang enggan memberikan sokongan secara  langsung kepada PA, yang menyokong keluarga berpendapatan rendah, dan menampung gaji pekerja sektor awam dan beberapa projek kecil melalui tabung amanah.

Walau bagaimanapun, terdapat laporan yang belum disahkan bahawa dana itu semakin berkurangan kerana banyak negara telah menamatkan sokongan kewangan mereka untuk PA.

Dalam pada itu,  bekas Timbalan Menteri Kewangan Palestin, Samir Hulileh berkata, sebagai tambahan kepada program pembiayaan yang Bank Dunia yang disalurkan kepada PA, sebanyak AS$40 hingga AS$50 juta setiap tahun, laporan dan ulasan bank tersebut mengenai prestasi PA sangat mempengaruhi negara-negara penderma  mengenai sokongan kewangan selanjutnya.

“Bank Dunia menyediakan laporan berkala tentang prestasi PA dari segi kewangan dan pertumbuhan ekonomi. Ia memainkan peranan penting dalam mengarahkan penderma untuk menyokong projek dalam PA,” ujar Hulileh. – Arab News

- Advertisement -