Amnesty International perjuangkan isu perkauman pelarian Ukraine

Sebilangan pelarian berbilang bangsa yang melarikan diri dari konflik di Ukraine tiba di Korczowa, Poland pada 2 Mac 2022. (FOTO Getty Images)
- Advertisement -

LONDON: Kumpulan hak asasi manusia terkemuka, Amnesty International tampil memperjuangkan  dengan membuat laporan terperinci mengenai  isu perkauman yang dihadapi pelarian yang cuba melarikan diri dari Ukraine yang mula diserang Rusia sejak 24 Februari lalu.

Seramai 27 individu yang bukan warga Ukraine yang cuba meninggalkan negara itu telah ditemu ramah oleh pihak Amnesty termasuk pelajar antarabangsa dan pekerja yang telah berada di Ukraine selama beberapa dekad.

Hasilnya didapati bahawa orang dari Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan telah menderita di tangan pihak berkuasa Ukraine ketika kejadian.

- Advertisement -

Jurucakap Amnesty  dalam kenyataannya pada Rabu (24 Mac) berkata bahawa diskriminasi dan keganasan oleh tentera Ukraine berleluasa, dengan ramai yang melaporkan layanan yang bersifat rasis terhadap merekq apabila cuba menaiki pengangkutan ke luar dari  negara itu dan berhampiran pusat pemeriksaan sempadan, terutamanya di sempadan Poland.

Organisasi itu berkata bahawa beberapa pelarian yang ditemuramahnya telah mengalami pencerobohan fizikal dan lisan daripada pihak berkuasa dan sukarelawan Ukraine.

Di Lviv, bandar di barat Ukraine di mana sebahagian besar mereka yang melarikan diri dari negara itu sedang diproses untuk keluar ke Poland, pelarian diberitahu bahawa keutamaan diberikan kepada wanita dan kanak-kanak, tetapi beberapa wanita bukan warga Ukraine dan bukan kulit putih telah disekat daripada menaiki pesawat.

Seorang pelajar berusia 24 tahun dari Pakistan dikenali sebagai Bilal berkata: “Ada yang menghadapi perkauman, ada yang tidak. 

“Ia adalah berdasarkan warna kulit dan jantina. Rakan saya yang berkulit hitam menghadapi diskriminasi perkauman…Kami dibezakan. Jika anda orang Ukraine, proses keluar dari Ukaraine mudah; jika bukan warga Ukraine, ia mengambil masa yang lama. Pengawal sempadan menggunakan kayu kepada kawan saya. Dia mengalami kecederaan.”

Terdapat juga laporan yang membimbangkan tentang pengalaman yang dialami olehbeberapa pelarian sebaik mereka tiba di Poland.

Warga asing telah pun mengalami serangan dan konfrontasi yang penuh kebencian. Di  Przemysl yang merupakan sebuah bandar yang terletak di wilayah Podkarpacie, Poland, pada 1 Mac lalu, sekumpulan lelaki menyerang tiga pelajar India yang baru tiba dari Ukraine, yang secara meluas dianggap sebagai serangan bermotifkan kebencian. – Arab News

- Advertisement -