Calon, petugas Perikatan Nasional disambut mesra

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh dikelilingi kawasan hijau iaitu ladang, Felda, Felcra dan perkampungan.

Menurut calon Perikatan Nasional, Selvendran a/l Velu, kawasannya pun amat luas dan jauh jaraknya.

Katanya, di setiap ladang ada penempatannya sendiri yang disediakan oleh pihak ladang.

- Advertisement -

Bagaimanapun, ujarnya cuma dari segi hubungan dengan dunia luar tiada pengangkutan awam disediakan.

“Namun mereka hidup secara harmoni dalam masyarakat. Bagaikan sebuah keluarga besar mereka di sini,” ujarnya yang bertanding di DUN Paloh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Selvendran berkata, kedatangan beliau dan petugas-petugas Perikatan Nasional disambut mesra oleh penduduk.

“Penduduk merasakan Perikatan Nasional boleh membantu dalam kestabilan dalam kehidupan mereka,” katanya yang juga Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS negeri.

Menurutnya lagi, semasa bersama-sama dengan petugas Perikatan Nasional berada di Kampung Gajah, sebuah perkampungan tersusun, beliau sempat beramah mesra dengan penduduk setempat.

Katanya, kebanyakan penduduk di situ adalah penduduk asal yang sudah tua dan uzur.

“Seronok mendengar cerita dari orang lama. Bila kami ceritakan tentang Abah selaku Perdana Menteri, ramai yang dah kenal semenjak dari Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar Johor lagi,” ujarnya menerusi laman sosial beliau.

Tambahnya, mereka seronok dan banyak jasa Muhyiddin kepada rakyat bawahan dan sangat berjiwa besar.

Pada PRN ini, Selvendran berhadapan dengan Sheikh Umar Bagharib Ali (PH-DAP), Lee Ting Han (BN-MCA) dan Aminuddin Johari (Pejuang).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian PRN Johor manakala pengundian awal hari ini. – HARAKAHDAILY 8/3/2022

- Advertisement -