Anak muda: Bangkitlah pewaris negara

- Advertisement -

FIRMAN Allah S.W.T:

- Advertisement -

 نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَٰهُمْ هُدًى.

“Kami kisahkan kepadamu (wahai Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka (Ashaabul Kahfi) adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.”

(al-Kahfi: 13)

Ayat di atas adalah antara beberapa ayat Allah S.W.T yang mengkisahkan mengenai peranan golongan pemuda (termasuk pemudi) dalam mewarnai masyarakat ke arah ketamadunan yang selari dengan Maqasid Syariah.

Ashaabul Kahfi adalah contoh kumpulan pemuda yang berani dan cekal mempertahankan keimanan mereka kepada Allah S.W.T kerana dengan keimanan yang kukuh akan mendorong mereka untuk melakukan perkara kebajikan dan keadilan.

Bertepatan dengan situasi semasa Johor di mana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diadakan tidak lama lagi yang mana buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara kita, anak-anak muda seawal 18 tahun ke atas sudah berdaftar sebagai pemilih.

Ini bererti satu tanggungjawab yang besar perlu dipikul oleh anak muda kita sama ada untuk memilih atau dipilih dalam PRN Johor kali ini.

PAS Johor meletakkan kepercayaan kepada anak-anak muda Bangsa Johor untuk rasa terpanggil menunaikan tanggungjawab kepimpinan ini. Tanggungjawab yang penting dan besar bagi menjamin kesinambungan kesejahteraan negara.

PAS Johor menyeru anak-anak muda (undi 18 tahun) agar dapat kiranya kita bersama keluar membuang undi sebagai satu tanggungjawab kepada negara.

Justeru anak-anak muda hebat perlu persiapkan diri dengan kefahaman dan pengetahuan untuk memilih pemimpin yang selayaknya bagi merealisasikan cita-cita murni keharmonian dan kesejahteraan untuk semua.

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 28/1/2022

- Advertisement -