Kebakaran tapak pelupusan sanitari Pulau Burung satu bencana

LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang memandang serius terhadap bencana kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung.

LATAS menggesa supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penjelasan segera terhadap punca bencana yang menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat Pulau Pinang.

Advertisement

LATAS ingin mempersoalkan:

a. Adakah operator tapak pelupusan sanitari tersebut gagal menyediakan ‘landfill gas ventilation system’ bagi mencegah kesan penyebaran gas berbahaya daripada tersebar ke udara?

b. Adakah operator yang dilantik telah mengikut Standard Operasi Tapak Pelupusan Sanitari yang telah ditetapkan?

LATAS menggesa siasatan segera dibuat dan kerajaan negeri harus bertanggungjawab atas kegagalan tapak pelupusan sanitari ini beroperasi dengan selamat untuk rakyat. 

MD SAIFUL LIZAN YUSOFF
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar
PAS Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 17/1/2022