Tuan Ibrahim sumbang bantuan banjir di Shah Alam

SHAH ALAM: Anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia bekerja tidak mengenal penat dan lelah bagi membantu mangsa banjir di Selangor.

Di samping membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir mereka juga mengedar makanan kepada penduduk yang terbabit dengan banjir.

Hari ini anggota JAM menggunakan perahu mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Seksyen 18 dengan menghantar ke markas PAS di situ.

Advertisement

Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Dr Zuhdi Marsuki berkata, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Yang Dipertua PAS Shah Alam Dr Fuad Salleh.

“Sumbangan itu saya sampaikan kepada Dr Fuad sebagai mewakili Menteri KASA untuk membantu mangsa banjir di Shah Alam,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Manakala pada perkembangan berkaitan JAM Selayang bergotong royong membersihkan pokok tumbang menghalang jalan berhampiran kolam air panas, Selayang.

Mereka bekerja bermula jam 1 hingga 5 pagi bagi membersihkan pokok tersebut yang menghalang laluan.

Yang Dipertua PAS Selayang Zaidy Abu Talib berkata, anggota JAM Selayang turut menjalankan gotong royong di Kampung Sungai Chincin, Gombak.

“Habis tugas di Kampung Sungai Chincin mereka bergegas pula ke Dusun Tua bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana,” katanya yang juga pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri KASA. – HARAKAHDAILY 20/12/2021