Banjir di Selangor ragut tujuh nyawa, satu masih hilang

Datuk Norazam Khamis
- Advertisement -

SHAH ALAM: Bencana banjir di Selangor telah meragut tujuh nyawa dengan empat mayat ditemukan di kawasan Taman Sri Muda, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang setakat petang ini, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

Beliau berkata satu mayat lelaki ditemukan pada Sabtu dan dua lagi mayat lelaki ditemukan semalam di kawasan Taman Sri Muda.

- Advertisement -

“Ketiga-tiga mangsa ditemukan di dalam air banjir, manakala mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia, ditemukan di sebuah rumah di bahagian tingkat atas awal pagi semalam di taman tersebut,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana Bomba Seri Muda di sini, hari ini.

Beliau berkata dua lagi mayat lelaki ditemukan di Dengkil hari ini dan seorang mayat pemandu lori lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.

“Seorang lelaki berusia 31 tahun dilaporkan hilang di Sungai Pinang, Klang pada 12.30 tengah hari semalam,” katanya. – BERNAMA

- Advertisement -