Tony Pua sombong dan tidak disukai kata Tun

- Advertisement -

MEMOIR terbaru bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berjudul ‘Capturing Hope: The Struggle Continues For a New Malaysia’ seakan satu malapetaka besar buat DAP. 

- Advertisement -

Ia menelanjangkan tindak-tanduk DAP di dalam Kerajaan Persekutuan sepanjang 22 bulan pemerintahan PH yang ramai tidak tahu.

Ada yang mengatakan bahawa dendam Tun terhadap DAP sebenarnya tidak berkesudahan walaupun beliau pernah mengetuai Kerajaan PH yang turut didukung DAP. 

Setelah tersingkir sebagai Perdana Menteri dan ditendang keluar oleh PH Tun terus mendedahkan masalah yang melibatkan DAP seakan memberi isyarat pada rakyat untuk menolak parti berkenaan.

Dalam buku terbaru beliau itu Tun mendedahkan bahawa pemimpin Jawatankuasa Pusat DAP Tony Pua (Ahli Parlimen Damansara) yang semasa PH memerintah merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah bertindak angkuh dan melampaui batas bidangkuasanya sebagai seorang Setiausaha Politik. 

Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Penasihat Guan Eng untuk mencampuri urusan kerajaan. (Tony kini memegang jawatan Setiausaha Publisiti dalam kepimpinan DAP Pusat)

Malah Tun mendakwa gelagat Tony lah yang mengakibatkan ramai yang menentang Kerajaan PH kerana merasakan kerajaan tidak bersimpati dengan nasib mereka.

Tony kata Tun seorang yang ‘arrogant’ atau sombong dan tidak disukai oleh komuniti ahli perniagaan ketika beliau duduk dalam kerajaan.

Laporan Utusan Malaysia semasa pelancaran buku terbaru Tun:

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berlagak seperti seorang Menteri semasa menjadi Setiausaha Politik.

“Menurut Dr. Mahathir, Pua sebagai Setiausaha Politik sepatutnya memberikan laporan mengenai politik negara dan bukannya ke sana ke sini melaksanakan dasar kerajaan.

“Dr. Mahathir menambah sikap demikian telah menyebabkan komuniti perniagaan menolak kerajaan PH.”

The Star pula melaporkan Tun sebagai berkata:

“… Setiausaha Politik ini (Tony Pua) telah mengarahkan (kakitangan Kementerian) agar memberi taklimat kepada beliau dari hal dasar-dasar kerajaan dan telah memanggil mesyuarat berkenaan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan”.

Jika benar dakwaan Tun, DAP rupanya telah menggunakan sepenuh kesempatan sepanjang pemerintahan PH untuk menguasai kerajaan. Kerana itu PAS mendakwa DAP mendominasi Kerajaan PH.

Tulisan Tun ini mengesahkan memang DAP begitu, demikianlah bahaya apabila kaduk naik junjung. Terima kasih Tun atas pendedahan ini, biar rakyat kenal dan segera menjauhi DAP selama-lamanya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1657576027915060/

- Advertisement -