China-AS lancar pelan tindakan bersama perubahan iklim

Xie ketika berucap pada COP26 di Glasgow, hari ini.
- Advertisement -

GLASGOW: China dan Amerika Syarikat mengumumkan perjanjian terhadap pelan tindakan bersama bagi meningkatkan kerjasama antara dua negara tersebut dalam  menangani perubahan iklim, termasuk dengan mengurangkan pelepasan metana, melindungi hutan dan menghapuskan arang batu secara berperingkat.

Dalam satu kenyataan bersama yang diumumkan pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Glasgow, dua negara penghasil bahan pencemar alam sekitar (karbon)  terbesar di dunia itu berkata,  mereka telah mencapai persetujuan untuk menggandakan usaha memerangi perubahan iklim dengan ‘tindakan konkrit’.

- Advertisement -

China dan AS  mencapai kata sepakat bahawa perjanjian kedua-dua negara itu memerlukan suatu bagi ‘tindakan bersama bagi perubahan  iklim yang perlu dipertingkatkan pada 2020-an’ menggunakan garis panduan perjanjian iklim Paris 2015, termasuk sasaran pengurangan pelepasan bahan pencemaran alam sekitar baharu yang lebih kukuh pada tahun 2025.

Perjanjian itu juga memerlukan peraturan ‘konkrit dan pragmatik’ dalam penyahkarbonan, mengurangkan pelepasan metana dan memerangi penebangan hutan, memetik laporan Al Jazeera.

‘Kedua-dua negara menyedari bahawa terdapat jurang antara usaha semasa dan matlamat Perjanjian Paris jadi kami akan bersama-sama mengukuhkan tindakan iklim,”  kata ujar wakil China pada COP26, Xie Zhenhua dalam ucapannya.

Menurut Xie, perjanjian itu akan melibatkan ‘perancangan konkrit’ untuk tindakan yang dipertingkatkan pada dekad ini dan kedua-dua negara ‘untuk mengusahakan pemuktamadkan buku peraturan Perjanjian Paris’ pada sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow.

Perjanjian Paris 2015 komited ke arah mengehadkan kenaikan suhu global kepada antara 1.5C dan 2C melalui pengurangan pelepasan karbon menyeluruh, memetik laporan Al Jazeera.

Xie berkata bahawa China dan AS telah menjalankan 30 pertemuan maya sepanjang 10 bulan lalu untuk menghasilkan inisiatif itu.

“Sebagai dua kuasa besar di dunia, China dan Amerika Syarikat perlu memikul tanggungjawab untuk bekerjasama dengan pihak lain dalam menangani perubahan iklim,” katanya.

AS dan China bersama-sama menyumbang kira-kira 40 peratus daripada semua pencemaran karbon.

Sementara wakil AS pada COP26, John Kerry berkata bahawa kedua-dua China dan AS juga bersetuju untuk mengurangkan pelepasan gas metana dan bahawa perjanjian dengan China adalah kenyataan sokongan bagi kejayaan sidang kemuncak iklim PBB.

“Kami bersama-sama menyatakan sokongan bersama untuk kejayaan COP26, termasuk unsur-unsur tertentu yang akan menggalakkan cita-cita, tetapi biar saya jelas pengisytiharan ini adalah satu langkah yang boleh kita bina untuk merapatkan jurang. Setiap langkah penting sekarang ini dan kita mempunyai perjalanan jauh di hadapan kita,” kata Kerry pada sidang media. – HARAKAHDAILY 11/11/2021

- Advertisement -