Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

- Advertisement -

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing, 72, meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan media, Masing sebelum itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.

- Advertisement -

Minggu lepas, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah bagi mendapat rawatan lanjut.

Bagaimanapun akibat komplikasi semakin teruk beliau dikatakan ditidurkan. Mendiang menghembuskan nafas terakhir jam 7.05 pagi tadi.

Mendiang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Tan Sri Adenan Satem dan Dato’ Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Masing menerajui portfolio jawatan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, merupakan pemimpin politik veteran yang disegani di Sarawak. – HARAKAHDAILY 31/10/21

- Advertisement -