Segerakan transformasi penjagaan kesihatan awam negara

- Advertisement -

PADA sesi sidang Parlimen kali ini, saya berpeluang membahaskan mengenai isu penjagaan kesihatan awam negara. Isu ini sememangnya amat tepat untuk dibahaskan, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara masih bergelut untuk keluar daripada cengkaman pandemik COVID-19 hari ini.

Kemelut pandemik COVID-19 yang berlaku menunjukkan bahawa sistem kesihatan awam negara masih terlalu banyak kekurangan terutamanya dari sudut tenaga pakar dan fasiliti kesihatan. Hal ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai kekurangan doktor di peringkat pakar dan pegawai perubatan dalam menangani wabak COVID-19. 

- Advertisement -

Oleh yang demikian, saya berpandangan agar kerajaan perlu menyegerakan transformasi penjagaan kesihatan awam negara dengan memberi keutamaan kepada usaha menghasilkan lebih ramai pakar di bidang kesihatan awam. Sekali gus pakar-pakar inilah yang akan meneliti aspek nyawa dan kehidupan rakyat. 

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan menambah baik fasiliti-fasiliti kesihatan di seluruh negara, termasuklah menubuhkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) serta merangka pelan kesihatan awam yang menyeluruh.

Justeru, saya berharap agar cadangan-cadangan yang saya utarakan ini diambil serius oleh pihak kerajaan, khususnya sebagai persediaan negara dalam menghadapi ancaman yang serupa atau mungkin lebih teruk daripada wabak COVID-19. 

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 23/9/2021

- Advertisement -