Tiada caj hospital mangsa Covid-19 meninggal dunia

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

- Advertisement -

ALOR SETAR: Bilangan mangsa yang meninggal dunia di Kedah akibat Covid-19 bermula Januari hingga 5 Septembar lepas berjumlah 1,556 orang.

Ia membabitkan sembilan hospital seluruh Kedah dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kulim.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, sehingga 5 September lepas Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar mencatat seramai 504 kematian, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani (497 orang) dan Hospital Kulim (335 orang).

Katanya pada Ogos pula mencatat angka kematian paling tinggi iaitu 776 orang berbanding September 114 orang.

“Walau bagaimanapun jumlah kematian mangsa Covid untuk tahun 2020 masih dikemaskini Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Zamri Yusuf (Amanah-Suka Menanti) pada sidang Dun, hari ini.

Dr Mohd Hayati yang juga Adun Tokai berkata, tiada caj dikenakan pihak hospital kepada mangsa Covid-19 yang meninggal, sebaliknya bayaran hanya melibatkan agensi pengurusan jenazah.

Menurutnya juga kes Brought In Death (BID) iaitu merujuk kepada kematian di luar fasiliti kesihatan melibatkan 84 peratus tidak divaksin dan 14 peratus tidak pernah hadir ke hospital. – HARAKAHDAILY 22/9/2021

- Advertisement -