Kebolehpasaran graduan politeknik lebih 90 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kolaborasi merentas kementerian bersama pihak industri diperkukuhkan lagi melalui penubuhan Majlis TVET Negara dan Urusetia Majlis TVET Negara.

Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Dr Noraini Ahmad berkata, langkah itu sebagai usaha mengembangkan Pendidikan Politeknik di negara ini.

- Advertisement -

Selain itu, bagi memastikan kokurikulum Pendidikan Politeknik sentiasa releven dengan perkembangan teknologi terkini.

“Majlis penasihat industri ditubuhkan bagi memberi input dan berkongsi maklumat maklumat terkini berkaitan dengan apa keperluan di industri.

“KPT juga sedang meluaskan penawaran program ijazah sarjana muda di Politeknik melalui Workplace Learning (WPL) di Politeknik Premier,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya juga, graduan lepasan Politeknik sentiasa menjadi buruan majikan.

Kata beliau, ia dibuktikan kebolehpasaran graduan politeknik bagi tempoh lima tahun melebihi 90 peratus.

“Sebagai contoh pada tahun 2018 sebanyak 96.1 peratus kebolehpasaran, pada 2019 pula 96.7 peratus.

“Dan berlaku sedikit penurunan pada 2020 atas sebab cabaran yang dihadapi berkaitan pandemik Covid-19 iaitu 91.2 peratus kebolehpasaran graduan,” katanya.

Dr Noraini berkata, perkembangan itu menunjukkan kebolehpasaran graduan daripada politeknik sangat tinggi dibandingkan dengan institusi-institusi lain. – HARAKAHDAILY 21/9/2021

- Advertisement -