Kerajaan disaran gubal dasar mesra perniagaan, pelaburan

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran percepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan lagi daya saing negara.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah meskipun Covid-19 telah memberi impak negatif terhadap sektor tertentu negara, baginda yakin ekonomi Malaysia akan mula menunjukkan pemulihan, selari dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk.

- Advertisement -

Seterusnya, memberi keyakinan kepada semua pemegang taruh dan para pelabur.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut bertitah, kerajaan perlu menyediakan perbelanjaan bagi tujuan membiayai langkah kesihatan awam, bantuan kepada golongan terjejas, serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan.

Justeru, bagi pelaksanaan itu, kerajaan perlu membentangkan cadangan perbelanjaan di Dewan Rakyat untuk meningkatkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19 serta had statutori hutang Kerajaan.

Baginda bertitah demikian dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 13/9/2021

- Advertisement -