Tingkatkan penggunaan automasi dan teknologi

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Penggunaan automasi dan teknologi untuk memajukan sektor perladangan, komoditi, pekebun kecil, pertanian, industri makanan, pelancongan dan mineral, perlu dipercepatkan pelaksanaannya.

Ini kerana, sektor tersebut sangat berpotensi untuk penciptaan sumber kekayaan baharu negara selain berupaya menjamin sekuriti dan nutrisi makanan negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- Advertisement -

Selain itu, titah Baginda, peningkatan daya saing negara perlu difokuskan terhadap usaha menambah baik ekosistem serta persekitaran perniagaan.

Tindakan itu, bagi meneroka penciptaan kekayaan baharu dan menambah nilai terutamanya oleh perusahaan kecil sederhana mikro.

“Perusahaan ini juga perlu diberi galakan untuk mengurus perniagaan secara digital demi untuk menjamin akses pasaran yang lebih luas.

“Selain itu, bidang pertumbuhan ekonomi baharu perlu segera dikenal pasti supaya Malaysia tidak ketinggalan di arena global,” titah Baginda dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 13/9/2021

- Advertisement -