Penduduk di lokasi PKPD di Kuala Kedah terima bakul makanan

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

KUALA KEDAH:
Sehingga semalam sebanyak 200 rumah penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua zon di Kuala Kedah menerima bantuan bakul makanan.

Bakul makanan itu diagihkan sukarelawan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Kota Setar.

Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid berkata, sebelum PKPD agihan bantuan makanan di kampung-kampung yang terlibat dilaksanakan terutama kepada golongan sasaran.

- Advertisement -

“Ada pihak yang pertikaikan tiada bantuan daripada Menteri Besar kepada penduduk yang dikena PKPD di Kuala Kedah.

“Sedangkan semua sumbangan yang disalur itu diketuai sendiri Muhammad Sanusi Md Nor,” kata beliau di laman sosialnya semalam.

Helmi berkata, semua sumbangan untuk lokasi PKPD dipusatkan melalui PKOB di daerah terbabit.

Oleh itu beliau menasihatkan penduduk terlibat menghubungi ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKPP), penghulu, Ahli Majlis atau Pusat Khidmat Wakil Rakyat untuk mendapatkan sebarang bantuan,” tambahnya.

PKPD di dua zon mukim Kuala Kedah melibatkan beberapa kampung dilaksanakan selama 14 hari bermula 6 September lalu sehingga 19 September ini.

Sekatan dan kawalan di dua zon terbabit didapati lebih ketat berbanding PKPD Kota Setar Mei lalu berikutan jumlah jangkitan Covid-19 agak tinggi. – HARAKAHDAILY 9/9/2021

- Advertisement -