Rakyat teruja terima Bantuan Khas Covid-19

Mohd Darwiq Mohd Khairi
- Advertisement -

Oleh  KAIROL ZULHAIDI 

KUALA LUMPUR: Orang ramai meluahkan rasa teruja dan lega dengan pengumuman kerajaan untuk memberikan Bantuan Khas Covid-19  (BKC) kepada mereka. 

Tinjauan HarakahDaily di sekitar ibu kota mendapati mereka melahirkan rasa syukur dengan bantuan kerajaan ketika ramai sedang menghadapi kesukaran impak pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Peniaga, Mohd Darwiq Mohd Khairi, berkata, dia berasa sangat teruja dengan BKC daripada kerajaan. 

“Saya bersyukur dengan bantuan kerajaan tersebut kerana ia amat membantu pada saat genting ini. Saya juga menyokong sepenuhnya segala usaha kerajaan sekarang ini kerana ia merupakan perkara yang memberi manfaat kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara menurut pegawai perhubungan awam, Yashree Mohd Shidiq, 43, BKC benar-benar dapat membantu rakyat terutamanya bagi golongan yang tiada pekerjaan untuk menanggung perbelanjaan harian mereka.

 Yashree Mohd Shidiq

“Sekarang ini ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti kehilangan pendapatan. Mereka yang mempunyai pekerjaan pun perlu membayar pelbagai utiliti seperti bil elektrik dan air, sewa rumah dan sebagainya. Justeru, dengan BKC dapat serba sedikit membantu.

“Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang sedikit, sebagai contohnya gaji cuma RM3,000 tetapi dipotong 50 peratus sehingga tinggal baki cuma RM1,500. Maka, dengan BKC sebanyak RM500 ini sangat membantu mereka yang sedang kesempitan wang,” ujarnya kepada HarakahDaily

Fatimah Abdullah, peniaga, 66, pula berkata,  bantuan yang diberikan oleh kerajaan ketika ini sangat membantu perniagaannya yang kini makin merosot akibat daripada wabak Covid-19.

Fatimah Abdullah

“Syukur, alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan kerana bantuan ini sangat membantu mempermudahkan urusan perniagaan saya,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan bagi bayaran BKC dengan proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September ini.

Bantuan itu sekali gus memanfaatkan seramai 10 juta penerima daripada  kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.-HARAKAHDAILY-9/7/2021

- Advertisement -