Covid-19: Sidang khas Dewan Rakyat 2 Ogos ditangguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PeJabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menterl bahawa persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ini (Isnin) ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Sacha Mydin berkata, pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

- Advertisement -

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, katanya beliau telah diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahu itu kepada ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersldang pada 2 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 31/7/2021

- Advertisement -