Himpunan di Dataran Merdeka: DAP bermain wayang politik

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Tindakan DAP Wilayah Persekutuan menawarkan bantuan guaman kepada aktivis bendera hitam yang dikenakan kompaun kerana terlibat bantahan antikerajaan di Dataran Merdeka memperlihatkan pihaknya sentiasa menyokong tindakan anti-nasional.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata dalam keadaan pandemik yang berlangsung, lebih 7,000 rakyat telah terkorban akibat Covid-19, namun DAP masih bermain wayang politik.

- Advertisement -

Kononnya DAP merupakan institusi yang menghargai kebebasan bersuara dan berdemontrasi. Sedangkan semua maklum sepanjang pandemik Covid-19 ini, sebarang perhimpunan adalah dilarang, jelasnya.

“Bahkan di negeri Sembilan tidak dibenarkan ibadah korban diadakan kerana penularan pantas pandemik varian Delta yang sangat kita bimbang akhir-akhir ini.

“Sikap DAP sepanjang kita tahu bagaimana mereka anti kepada melayu Islam dengan melambangkan tindakan-tindakan mereka disebalik kegiatan anti-nasional, anti-melayu bahkan sifat mereka untuk menggugat kontrak sosial yang telah termaktub antara rakyat negara ini dan kedekatan kesepaduan jati diri anak pelbagai bangsa yang hidup bersama di tanah air ini,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Pada 19 Julai, tiga aktivis bendera hitam dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana menyertai bantahan antikerajaan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tampil menawarkan khidmat pro bono menerusi pasukan guaman DAP untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Ridhuan berkata, beliau sendiri yang juga pernah menjadi demonstrasi tegar sejak zaman kampus merasakan bahawa aktivis kumpulan bendera hitam yang konon ingin protes kepada kerajaan boleh menggunakan pelbagai kaedah lain.

“Tuan puan masih ada saluran untuk melahirkan dan menzahirkan bantahan dengan ruang keterbukaan di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan hari ini jauh lebih baik daripada rejim Mahathir yang pernah memerintah selama 22 tahun.

“Dalam keadaan musim pandemik, (pelbagai) bantuan-bantuan diberikan kepada rakyat, bahkan bantuan food basket yang diberikan (melibatkan) semua ahli parlimen (tidak mengira) sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

“Ini tidak berlaku di zaman rejim Dr Mahathir, dan rejim PH yang mereka ini lebih kepada membantu kelompok penyokong tegar mereka sahaja atau penyokong-penyokong DAP sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2021

- Advertisement -