424,541 dos suntikan vaksin semalam, tertinggi setakat ini

Datuk Seri Dr Adham Baba
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 424,541 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikannya jumlah tertinggi dalam sehari sehingga kini.

- Advertisement -

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi hantaran di Twitternya menyatakan daripada jumlah itu sebanyak 260,286 adalah dos pertama sementara 164,255 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin ialah sebanyak 12,212,730 dos suntikan.

Jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari sebelum ini iaitu sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin Covid-19, semalam. – HARAKAHDAILY 14/7/2021

- Advertisement -