Rempah ratus penyedap rasa video fitnah MB

- Advertisement -

SUDARA. Cuba sudara perhati dan kaji bagaimana fitnah itu direka dan disebarkan, hanya daripada satu video. Ya sudara. Video memang dapat beri mesej yang power. Orang mudah percaya dan cepat terpengaruh dengan video. 

Sebab apa sudara? Sebab dalam video itu ada elemen emosi, ada intonasi, ada rempah ramuan yang cukup untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan berkesan. Video itu diolah menjadi cerita. Ada skrip, ada jalan cerita yang ditambah perisa sesedap rasa. Jalan cerita itu pula biasanya dibiarkan tergantung, supaya penonton dapat buat kesimpulannya sendiri, kesimpulan yang tak betul dan batil.

- Advertisement -

Tak cukup dengan itu sudara. Cerita fitnah itu pula kemudiannya disebarkan dalam pelbagai cara. Disebarkan dalam pelbagai medium yang bukan politik. Ada yang guna nama Niaga Kini, ada yang guna nama Koleksi Rumah Impian dan macam-macam nama lagi yang tidak menunjukkan politik. Tujuannya nak capture non-political market.

Kenapa sudara? Kerana non-political market inilah tempat berkumpulnya kumpulan yang ‘atas pagar’. Kumpulan inilah yang akan jadi penentu dalam pilihan raya nanti. Kalau depa sebarkan fitnah ini dalam kalangan kumpulan politik, rugi la sudara. Sebab kumpulan ini memang dah ada pendirian politik, penyokong dan pendukung tegar. 

SudaraDepa tahu fitnah ini akan dijawab. Tapi depa tak peduli. Dosa pahala pun depa tak peduli, apalah sangat setakat sebar bahan fitnah. Ingat sudara. Yang penting bagi depa ialah cetuskan keraguan terlebih dahulu. 

Depa gunakan ayat-ayat emosi, ‘kesian pakcik ini, tak patut langsung sampai berlutut, inilah Melayu yang tak boleh harap’ dan lain-lain ayat emosi. Kenapa sudara? Kerana orang mudah tersentuh dengan emosi.

Ya! Emosi sudara, emosi! Rahsia ceramah yang memukau ribuan manusia ialah kerana emosi penceramah ketika menyampaikan ceramah. Bukan kerana ilmu dalam ucapan itu semata-mata sudara!

Ya sudara. Inilah teknik fitnah media sosial yang musuh gunakan. Teknik yang lebih kurang sama juga perlu digunakan untuk menyampaikan mesej dakwah dan mesej kebenaran. Depa gunakan teknik ini untuk sebarkan fitnah tanpa kira dosa pahala halal haram.

Kita? Kita gunakan teknik ini untuk sebarkan kebenaran, diikat dengan dosa pahala halal haram. Nak guna media sosial untuk dosa atau nak guna untuk pahala. Sudara boleh pilih nak yang mana. 

AFNAN HAMIMI
Alor Setar 

Nota:
Perkataan ‘sudara’ bermaksud ‘saudara’.
Ditulis mengikut cara sebutan yang biasa diungkapkan dalam ceramah. Tiada kaitan dengan mana-mana sudara atau sedara. – HARAKAHDAILY 7/5/2021

- Advertisement -