Tahniah Ketua Polis Negara baharu

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara ke-13.

Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman sebelum memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020.

- Advertisement -

Pelantikan beliau ini diharapkan dapat membawa impak yang positif terhadap Polis Diraja Malaysia. PAS mendoakan semoga Datuk Seri Acryl Sani dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah dan integriti.

Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid Bador, mantan Ketua Polis Negara atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan dalam menjaga kedaulatan negara.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
30 April 2021 | 18 Ramadan 1442 – HARAKAHDAILY 30/4/2021

- Advertisement -