Mengapa PAS bahaya di mata mereka?

- Advertisement -

HANYA semata-mata kerana mahu mempertahankan hak dan kepentingan umat Melayu Islam PAS dituduh Guan Eng sebagai parti paling bahaya dalam kerajaan. Mengapa Guan Eng fobia dengan PAS?

Kerana PAS menjayakan politik perpaduan ummah. PAS menyeru tanpa jemu agar umat Melayu bersatu-padu jangan lagi berpecah-belah. Berbalah sesama sendiri bermakna kuasa politik mereka menjadi lemah dan longgar sebagaimana pasca PRU14.

- Advertisement -

Negara yang majoriti umat Melayu Islam ini mesti dipimpin oleh yang majoriti bukan sebaliknya. Barulah terpelihara dan tidak tercabar dan dipermainkan hak dan keistimewaan yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baru kukuh Islam sebagai agama Persekutuan, Institusi Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Perundangan dan Kehakiman Islam dan lain-lain.

Apabila politik Melayu Islam dinaungi al-Quran barulah selamat dan sejahtera negara, pemimpin dan rakyat berintegriti, kemungkaran dibendung dan Malaysia makmur dan maju dalam suasana aman dan tenteram.

Kerana itu Guan Eng anggap PAS bahaya. Bahaya pada siapa? Bahaya pada nasib dan masa depan DAP dan sekutunya serta Gagasan Malaysian Malaysia yang dicetuskan mendiang Lee Kuan Yew.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 22/4/2021

- Advertisement -