Kalau betul fitnah, mengapa tak berani saman?

- Advertisement -

DALAM reaksinya kepada tulisan-tulisan saya, Steven Sim, berkata: ‘Walaupun saya amat terkesan dengan fitnah dan cemuhan yang dilontarkan, saya tidak akan berhenti berkhidmat. Saya tetap akan bantu semua tak kira kaum dan agama. Ini ikrar saya dulu semasa dipilih sebagai wakil rakyat.’

Soalan mudah saya kepada Steven Sim ialah, bila masa saya memfitnah?


(1) Apakah saya, dengan memetik tulisan mantan pegawai khasnya, Joshua Woo, dan tulisannya sendiri, memfitnah bila saya menyebut beliau adalah Mubaligh Kristian (Christian Missionary) dan Evangelis Kristian (Christian Evangelist)?

(2) Apakah saya, dengan memetik tulisan mantan pegawai khasnya, Joshua Woo, dan tulisannya sendiri, memfitnah bila saya menyebut beliau menyeru gereja untuk bukan sahaja menghadkan aktiviti Evangelisme mereka kepada mencari rekrut atau penganut baru Kristian, tetapi turut terlibat dalam politik secara praktikal?

- Advertisement -

(3) Apakah saya, dengan memetik tulisan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, tulisan mantan-mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, dan rakaman video satu forum bertajuk ‘New Malaysia Narrative’ (‘Naratif Malaysia Baharu’) di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019, memfitnah bila Dato’ Seri Tuan Ibrahim menyebut beliau ‘begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’’, bila Tun Abdul Hamid menyebut beliau mahu ‘menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus’, dan bila saya menyebut beliau berkata bahawa Kerajaan Tuhan adalah satu misi yang tidak dapat dihalang (‘The Kingdom of God is an unstoppable mission’)?

Kalau betul saya memfitnah, mengapa beliau tak berani menafi atau menyaman saya? Dan mengapa tidak didedah nombor telefon, alamat atau akaun bank anak Kelantan itu? Sekadar menulis berbunga-bunga dan menunjuk foto meminta simpati, siapa pun boleh. Dan mengapa Melayu Islam yang terkinja-kinja membela berbanding tuan badan sendiri?

Reaksi Steven Sim boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/471097352961385/posts/5264935213577551/

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 19/4/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!