Model baju Lotto KDAFC tiada kaitan kerajaan

- Advertisement -

SYARIKAT Lotto itu bukan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah… Bau-bau bacang pun tak ada dengan kita. Depa ini syarikat dan jenama pakaian sukan Antarabangsa. Urusan perniagaan depa tak duduk bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Kalau depa nak pakai kera lotong sekalipun sebagai model, itu depa punya urusan. Untung rugi perniagaan depa pun tak ada dikongsi dengan kerajaan negeri. 

Kut kalau depa buka kedai di Kedah, kena la ada lesen premis Pihak Berkuasa Tempatan, sama macam kedai-kedai lain. Kut kalau depa bagi jersi free kepada pemain bola, itu urusan depa dengan pemain dan pasukan bola kendalian Syarikat KDAFC, sebuah entiti swasta. KDAFC bukan anak syarikat kerajaan negeri. 

- Advertisement -

Sama ada pemain bola dan Pengarah-pengarah syarikat FC juga terpalit atas kesalahan dan ‘dosa’ model Lotto, bersambung wayar dosa melalui dapat jersi free, itu saya tak tahu nak kata. Harap-harap tidaklah. Tak ada siapa pun patut pikul dosa orang lain (syarikat Lotto dan model baju) bersabit daripada membeli atau dapat free sehelai dua baju itu.

Ramai juga yang pakai seluar baju tak pernah ambil tahu  pun siapa model yang dipakai untuk buat promosi seluar baju kita. Yang bajet nak jadi ustaz dan lebai dalam bab ini pun pakai baju jenama macam-macam, model baju itu tahu ke siapa? Pakai tudung ke tidak?

Saya nampak ada juga model lelaki yang tampan, juga pemain bola sepak yang sado diambil oleh syarikat Lotto memperagakan keluaran baru syarikat depa. Tak ada siapa kata apa pun… Share pun tidak, viral jauh sekali.

Kalau pun nak marah dengan model wanita tak pakai tudung atau atas apa alasan sekalipun (ramai yang bajet alim lebih dalam bab ini, TV  yang duduk tayang macam-macam gambar bawa masuk sampai bilik tidur ok saja) protes saja syarikat itu, jangan beli pakaian depa

Pasai apa pi tala merata, pulun sungguh-sungguh nak tuduh orang yang tak ada sangkut paut dengan Lotto telah terbabit dalam noda dosa model tak pakai tudung, dosa eksploitasi wanita. Siap tolong share dan viralkan promo syarikat dan model-model tak bertudung depa itu hanya kerana nak palitkan ‘dosa’ itu kepada sosok tertentu. Pulun sungguh nak bina persepsi negatif untuk burukkan orang. Dosa sendiri tak nampak?

Lotto buat duit, kita tolong buat promosi model wanita atas alasan tak pakai tudung… muliakah kita? Hidup ini nak cari apa? Kita ini baik bukan kerana berjaya memburukkan orang, kita baik atas timbangan dosa pahala diri kita sendiri. Takat itu saja lah nak kata…

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Sik, Kedah  – HARAKAHDAILY 5/3/2021

- Advertisement -