Masih ada peluang korporat miliki saham KDA FC

- Advertisement -

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih menunggu keputusan Widad Business Group untuk mengambil alih 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, syarikat itu menyatakan hasrat untuk memiliki sebahagian saham berkenaan, namun memerlukan masa untuk membuat penilaian sebelum memberi keputusan.

Katanya mereka memerlukan persiapan pasukan yang mencukupi sebelum membuat keputusan.

- Advertisement -

“Jadi sekarang mereka minta menjadi penaja utama dahulu. Widad Business Group sedang bersiap sedia ke arah itu.

“Paling cepat mungkin tahun hadapan tetapi kalau ada pihak lain yang berminat mereka boleh datang berbincang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman semalam.

Pada Februari lepas hasrat gabungan dua syarikat tempatan iaitu Flumen Holdings & Go Auto Group memiliki KDA FC dibatalkan selepas kerajaan negeri tidak dapat memenuhi permintaan syarikat terbabit.

Sanusi yang juga Presiden KFA berkata, Widad bersetuju menanggung perbelanjaan pasukan Hijau Kuning bersaing Piala Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Katanya jumlah keseluruhan yang diperlukan sebanyak RM25 juta bagi setiap musim.

“Kita ada penaja bersama pasukan Kedah musim ini iaitu Menteri Besar Kedah Incroporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),” katanya.

Menteri Besar juga berharap Kedah mencatat kemenangan menentang Johor (JTD) pada perlawanan Piala Sumbangsih 5 Mac ini. – HARAKAHDAILY 4/3/2021

- Advertisement -