Penjawat awam viral fitnah berdepan risiko

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebarang maklumat dan informasi yang diterima mesti selidik terlebih dahulu bagi mengelak timbul fitnah sehingga menjejaskan integriti khususnya penjawat awam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ustaz Mohd Hushaimi Hussian berkata,
orang ramai khususnya penjawat awam kena bertanggungjawab terhadap apa sahaja maklumat yang disebarkan.

Katanya walaupun maklumat itu bukan tulisan kita, hanya diambil daripada tangkap skrin aplikasi WhatsApp risikonya besar.

“Apa pun ada baiknya ialah kita teliti terlebih dahulu kebenarannya dan cuba dapatkan sumber berita betul, baru sebar. Ini nasihat saya untuk mendisiplinkan diri sebelum sebar berita,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pegawai khas anggota Exco kerajaan negeri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu di sini berhubung isu potong barisan bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. (Foto atas)

Laporan itu dibuat Pegawai Khas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Taufiq Ramli.

Ahad lepas tular ‘200 ahli SUK Kelantan’ didakwa memotong barisan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sebelum ini seorang pakar perunding nefrologi melalui ciapan di lama Twitter memaparkan tangkap gambar mesej yang diterima daripada individu tidak dikenali berhubung suntikan vaksin.

Dalam mesej tersebut mendakwa suntikan vaksin kepada barisan hadapan yang merupakan senarai pertama penerimanya terpaksa ditangguh untuk memberi laluan kepada 200 ahli SUK Kelantan. – HARAKAHDAILY 3/3/2021

- Advertisement -