TKM P.Pinang Ramasamy pemfitnah besar!

- Advertisement -

PADA 10 Februari lalu, Menteri Besar (MB) Kedah Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media mengumumkan keputusan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk beri kebenaran kepada SJK (Tamil) Ladang Sungai Ular, Kulim menduduki tanah milik Perbadanan secara percuma.

Kebenaran menduduki tanah seluas 0.047 hektar itu diberi setiap tiga tahun dan akan terus diperbaharui dari masa ke masa. Sebelum ini, pihak sekolah perlu membayar RM163,000 untuk menduduki tanah berkenaan selama 30 tahun.

- Advertisement -

Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kaki fitnah ini, hari ini telah mereka cerita palsu kononnya MB Kedah mengugut untuk melucut hak SJKT Ladang Sungai Ular ke atas tanah milik mereka sendiri.

Fitnah seperti ini amat membahayakan, boleh membawa mudarat kepada isu perkauman, pertentangan antara penganut agama, boleh mengancam keselamatan kepada diri YAB MB Kedah malah boleh mencetuskan pelbagai bentuk huru-hara.

Sedangkan apa yang sebenarnya dilakukan sudah terang lagi bersuluh membawa kebaikan kepada semua pihak dalam memupuk perpaduan dan keharmonian serta faedah besar untuk institusi pendidikan kaum India.

Satu dunia bercerita mengenai hal putih, dia seorang sahaja yang bawa cerita hitam. Setelah saya balas tuduhan dia di wall Facebook dia berkaitan isu air tidak lama dahulu, pemfitnah besar ini telah menutup ruangan komen kepada bukan rakan. Penakut sebenarnya!

MUHAMAD MAT YAKIM – HARAKAHDAILY 24/2/2021

- Advertisement -