Kes meninggal akibat vaksin COVID-19?

- Advertisement -

BERCEMPERALAH golongan menolak vaksin mengaitkan kematian subjek kajian vaksin COVID-19 dari Pfizer. Banyak pula pertikaian mereka. Sedangkan mereka tidak membaca dengan teliti pun laporan itu.

Mari sini saya nak explain, sepanjang kajian, ada 6 kematian:

(1) 2 dari kalangan yang menerima vaksin,
(2) 4 dari kalangan yang tidak menerima vaksin.

- Advertisement -

Sebab itu ada kumpulan kawalan dalam kajian klinikal. Untuk memastikan keputusannya adil. Empat kematian adalah dari kumpulan Plasebo, iaitu kumpulan yang tidak menerima vaksin COVID. Manakala dua dari kumpulan vaksin COVID. Siasatan punca kematian adalah serangan jantung dan Atherosclerosis (juga sejenis serangan jantung). Jarak kematian pun jauh selepas cucuk vaksin. Tetapi kes masih dalam edah kajian. 

Inilah kaedah kajian, dinamakan case control study. Maknanya siapa yang didedahkan dengan virus, 4 orang yang tidak menerima vaksin meninggal dunia berbanding dengan yang menerima vaksin. Analisis lanjut mendapati, kematian 2 orang itu bukan punca secara langsung dari vaksin, tetapi penyakit serangan jantung dan Atherosclerosis(salur darah mengeras) yang mereka hadapi. Ini dinamakan temporal relationship. Namun ianya akan dicatat dalam laporan. inilah ketelusan dalam menjalani kajian. Tetapi ada sahaja antivaksin yang tidak mahu terima penjelasan, depa kata yang mati sebab COVID itu sengaja direka. Sebenarnya mereka memang ada penyakit. 

Tuan puan sekalian, kajian klinikal setiap ubat termasuk vaksin ada etika, metodologi dan protokolnya. Semuanya akan dicatat walau apa peristiwa yang berlaku. Jika benar ianya disebabkan vaksin, maka ianya dicatat dan akan dianalisa dengan telus. Jika benar-benar bahaya melebihi kepentingan penggunaan vaksin, ianya wajib dihentikan program vaksinasi.

Persoalannya: Vaksin yang sudah lama dalam jadual Imunisasi Kebangsaan itu kenapa tak nak cucuk? Semuanya itu telah pun berpuluh tahun dalam pasaran dan berjaya melindungi anak-anak kita dari penyakit-penyakit berbahaya. Setiap tahun 8 juta dos vaksin digunakan dalam Malaysia, tiada masalah pun.

Persoalan lagi: Produk kesihatan yang antivaksin duduk jual itu dah lepasi kajian ke? Yang itu tak quiry pula keberkesanan dan keselamatan. Hipokrit betul.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 24/2/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -