Feri Pulau Pinang diteruskan, utama keselamatan penumpang

- Advertisement -

PERKHIDMATAN feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan pulau di negeri ini sejak 126 tahun lalu merupakan perkhidmatan feri paling bersejarah dalam negara. Oleh yang demikian, tidak dinafikan perkhidmatan feri ini membawa nilai sejarah dan warisan yang sangat bermakna kepada Malaysia.

Beberapa pihak melahirkan perasaan kesal di atas keputusan untuk menyediakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang lebih selamat, cepat dan mengurangkan kos penyelenggaraan yang kian meningkat disebabkan faktor feri berusia 47 tahun yang perlu diselenggara secara purata sebulan sekali.

Adalah ditegaskan bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan kami di Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Oleh itu, MOT telah membuat keputusan untuk memodenkan perkhidmatan feri ini demi keselamatan dan keselesaan penumpang.

- Advertisement -

Pada hari ini, saya sekali lagi telah menerangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow berhubung perancangan Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf feri sedia ada mengambil kira keselamatan, keberlanjutan atau daya tahan dan keselamatan penumpang feri bagi memastikan perkhidmatan ini akan terus dinikmati oleh rakyat tempatan termasuk pelancong. Kami juga telah mengulangi apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bertarikh 27 Ogos 2020 di bangunan Parlimen sebelum ini. Saya amat menghargai pemahaman YAB Ketua Menteri dalam perkara ini dan kami turut berharap perkara ini dapat diteruskan demi kebaikan semua pihak.

Seperti yang dijelaskan dalam kenyataan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) pada 15 Disember 2020 berhubung perancangan masa depan perkhidmatan feri Pulau Pinang, fasa pemodenan perkhidmatan feri akan dimulakan dengan memperkenalkan tiga bas air (untuk penumpang) bermula dari 1 Januari 2021, dan diikuti dengan dua pengangkut kenderaan yang akan hanya membawa kenderaan bermotor dua roda (seperti motosikal dan basikal), yang akan beroperasi mulai tahun 2022. 

Menteri Kewangan, Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dalam Dewan Rakyat pada 17 Disember 2020 turut mengatakan, sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pemodenan perkhidmatan ini yang akan disalurkan melalui dua (2) bayaran pada tahun 2021 dan 2022. 

Dijangkakan lebih ramai pengguna kenderaan motor akan menggunakan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk perjalanan antara tanah besar di Seberang Perai dan pulau, yang lebih selamat, cepat dan lebih murah berbanding feri.

Sebagai langkah sementara, PPSB akan menyediakan dua bot penumpang laju untuk mengangkut penumpang serta mendapatkan perkhidmatan feri milik Prasarana untuk mengangkut kenderaan dua roda dalam usaha membantu proses peralihan ke kapal baharu dalam tempoh ini. PPSB juga akan menawarkan perkhidmatan bot laju secara percuma kepada penumpang untuk 2 minggu mulai 1 Januari 2021.

Bagi mengekalkan sejarah ikonik Pulau Pinang ini, kami akan mempertimbangkan idea sebagaimana yang dicadangkan oleh beberapa pihak untuk menjadikan feri sedia ada sebagai restoran terapung, muzium, atau pelayaran pelancongan yang akan dapat memperingati sumbangan feri-feri Pulau Pinang kepada identiti kebudayaan dan warisan negeri ini.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia
24 Disember 2020

Penang Ferry Services to be continued, priortising passenger safety and comfort 

The 126-year-old Penang Ferry Service is the oldest ferry service in the country, and also the first cross-strait ferry service between Penang Island and the mainland, which began in 1894. As such, it is undeniable that the service carries an intangible cultural and heritage value to many Malaysians who enjoy the service. 

Several quarters have expressed regret with a decision that is aimed at making the Penang ferry service safer, faster, and less prone to unsustainable maintenance costs, which is occurring on an average of once a month with the existing 47-year-old ferries. 

Passenger safety must be paramount and therefore, a considered decision was made to modernise the ferry fleet to avoid unwanted incidents and inconvenience that may occur. 

Today, I have again explained to Penang Chief Minister YAB Chow Kon Yeow on the Federal Government’s plan to replace the existing ferries to optimise the safety, sustainability, and security of the passenger ferry fleet to ensure that the service continues to be enjoyed by both locals and tourists. We have reiterated what was agreed in our earlier meeting on 27 August 2020 in Parliament. I appreciate his understanding and we both look forward to moving on with this matter. 

As clarified in a statement by the Penang Port Commission (SPPP) and Penang Port Sdn Bhd (PPSB) on 15 December 2020 regarding the future development of the Penang ferry service, the modernisation phase will begin with introducing three (passenger-only) water buses from 1 January 2021, to be followed by two vehicle transporters that will carry only two-wheeled motorised vehicles (i.e. motorcycles), and bicycles only, to be received in 2022. 

As stated by Minister of Finance Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz in Dewan Rakyat on 17 December 2020, a total of RM30 million had been allocated for this fleet modernisation to be released in two tranches, that is in 2021 and 2022. 

It is expected that more motorcar users will use the existing Penang Bridge and Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge to travel between the mainland and Penang Island, which are safer, quicker, and less costly than by ferry. 

In an interim measure, PPSB will immediately lease two fast ferry vessels to carry passengers and employ the services of one Prasarana-owned ferry for two-wheeled vehicles, motorcycles, and bicycles to aid the transition process to the newer vessels. PPSB will also offer free rides (passengers only) for two weeks from 1 January 2021 on these fast ferries. 

Finally, in order to preserve a slice of history unique to Penang, a process will be initiated to seek proposals to convert the existing ferries into floating restaurants, museums, and/or tourist cruises as suggested by various parties to highlight the contribution to the cultural and heritage identity of the state by these vessels.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Minister Of Transport
24 December 2020 – HARAKAHDAILY 24/12/2020

- Advertisement -