Muslimat PAS bantah pertandingan ratu cantik

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Malaysia dengan ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 Grand Final gala Night yang dijadual berlansung pada 2 Januari 2021.

Ini adalah kerana penganjuran pertandingan ratu cantik merupakan satu acara yang mengeksploitasi kecantikan wanita demi menarik perhatian umum.

Secara tidak lansung penganjuran acara ini seolah-olah kita merelakan wanita Malaysia dijadikan objek perhiasan di pentas.

- Advertisement -

Sudah tentu ia bertentangan dengan usaha pihak kerajaan yang sentiasa membina masyarakat yang berakhlak dan mempunyai adab terpuji.

Umum memgetahui tiada faedah yang diperolehi melalui penganjuran aktiviti sedemikian. Malahan ia mengundang gejala sosial yang seharusnya kita elakkan.

Kecantikan kurniaan Allah haruslah digunakan sebaiknya untuk manfaat manusia sejagat bukan dipertandingkan.

Sesungguhnya kecantikan kurniaan Allah merupakan anugerah yang harus dijaga dan pelihara bukan dijadikan objek pertandingan. Wanita bukan piala yang diukir dan dipamerkan buat tatapan umum.

Sesungguhnya Islam telah memberi amaran kepada manusia tentang fitnah yang diakibatkan oleh wanita seperti yang disebut Allah dalam surah Ali Imran ayat 14;

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan”Tambahan lagi, dalam keadaan penyakit Covid -19 yang masih belum surut peningkatan jangkitan, program yang menghimpunkan ramai orang juga sebolehnya dielakkan walaupun penganjur berjanji melaksanakan SOP.

Justeru itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengharapkan kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan untuk membatalkan penganjuran Pertandingan Ratu Cantik tersebut demi memberi signal kepada masyarakat untuk tidak lagi menganjurkan pertandingan seumpama ini.

Islam Memperkukuh Perpaduan
Islam Memimpin Wanita Sejahtera

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
21 Disember 2020 bersamaan 6 Jamadilawwal 1442H – HARAKAHDAILY 21/12/2020

- Advertisement -