Kerajaan PN bersungguh bina perpaduan nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berbanding kerajaan-kerajaan sebelumnya, PN telah bergerak positif dengan mewujudkan Kementerian Perpaduan Nasional dan mempunyai Panel Pemikir Perpaduan serta menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dato’ Dr Denison Jayasooria membentangkan perkara itu pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN: ‘Pencapaian, Harapan dan Cabaran’, hari ini.

Kata beliau pada program anjuran Pertubuhan Intelektual Negara ini, Kerajaan PN juga telah melantik penasihat dalam kalangan ahli akademik untuk tujuan tersebut selain memberi tugas berkaitan indeks perpaduan kepada Institut Kajian Etnik.

Pelan tindakan lima tahun juga telah dikemukakan untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melengkapkan lima tindakan Kerajaan PN berkaitan perpaduan menjadi pujiannya semasa pembentangan itu di Persatuan Alumni UM Club House, Damansara, di sini semalam.

“Lima perkara yang baik dalam semasa yang singkat untuk PN memberi keutamaan kepada perpaduan. Tetapi analisis kritikal boleh dikatakan ada isu-isu kredibiliti dalam politik dan juga isu kekurangan kepercayaan dari satu golongan.

So, masyarakat kita banyak berpecah, bukan sahaja kaum, agama, parti politik dan sebagainya, sebab PN ini dibentuk dan dengan agenda Melayu berbeza dengan agenda Malaysia.

So, dari apa yang disebut oleh beberapa pemimpin pada waktu itu, dan selepas jadi kerajaan, mewujudkan perasaan muhibah, perpaduan itu dikatakan satu isu dan juga wakil rakyat dan pecahan kabinet bukan macam dulu, dari zaman BN, PH dan sebagainya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -
- Advertisement -