PAS Pasir Salak selami hidup golongan teruji

- Advertisement -

PASIR SALAK: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Pasir Salak telah mengadakan kunjungan ziarah ke atas golongan kurang berkemampuan sempena Hari Kemerdekaan Negara Ke-63, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Lawatan untuk menyantuni golongan tersebut disamping memberi bantuan sumbangan serta menyelami kehidupan penuh dugaan itu dibuat atas mereka yang tinggal di Kampung Teluk Memali, Kampung Permatang Pelanduk dan Kampung Labu Kubong.

Rombongan pimpinan PAS Pasir Salak ini diketuai Naib Yang DiPertua, Yusof Abdullah dan Setiausaha, Zamri Saad serta Ketua Muslimat, Jamaliah Sudin diiringi Pengerusi LKK, Rohizal Jamali Shaari serta Penolong Setiusaha Muslimat, Faridah Dawam.

Kedatangan ini telah disambut Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung (JSPK), Razak Hasbi dan Mohd Redzuan Samuri yang sempat bertandang ke 18 rumah kediaman dan menyaksikan pelbagai kisah hidup menyentuh kalbu anggota rombongan.

Selain dalam serba kekurangan, ada juga penduduk diziarahi itu yang diduga dengan kesihatan ahli keluarga mengalami penyakit dan juga kelainan upaya (OKU), selain kedudukan kediaman berisiko terkena bencana alam terutama banjir besar.

Menurut Yusof, pihaknya berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa itu meringankan sedikit beban dilalui setiap keluarga itu dan bantuan susulan lain akan diusahakan. – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -