Covid-19: 122 kes baharu, 87 pulih

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Sebanyak 122 kes baharu Covid-19 dengan dua lagi kematian direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 6,298 kes keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kematian terbaharu itu menjadikan jumlah terkini yang maut akibat Covid-19 seramai 105 orang.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian semasa sidang medianya di sini sebentar tadi.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 87 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19 sebanyak 4,413 kes.

Sementara 27 lagi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 13 memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham memaklumkan, peningkatan kes baharu juga disumbangkan oleh 52 kes kluster import.

Beliau berpesan kepada orang ramai agar tidak mengambil mudah pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan mulai esok.

Katanya lagi, segala langkah keselamatan menjauhi jangkitan COVID-19 harus dipatuhi dengan seperti yang telah ditetapkan.- HARAKAHDAILY 3/5/2020

- Advertisement -