Prinsip UMI boleh jadi panduan lantik Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Prinsip UMI iaitu Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan patut dijadikan panduan dalam melantik anggota Kabinet baharu Kerajaan Malaysia, demikian syor Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Ubudiyyah ini maksudnya pemimpin itu mesti faham bahawasanya hidup beragama. Maknanya kalau dia faham hidup beragama, dia tahu Tuhan ada, maka di sana dia datang kepada Mas’uliyyah, dia ada integriti, dia ada prinsip dosa dan pahala.

So, kalau perkara ini ada, tak akan ada penyalahgunaan kuasa, tak akan ada rasuah yang berlaku saban hari yang dilingkari ataupun melingkari ahli politik negara. Yang ketiga ialah Itqan, kompetensi. Ya, kita mahukan anak muda berada di dalam Kabinet.

“Tetapi anak muda yang kita mahukan ialah anak muda yang ada experience, ada kompetensi yang dia ada latar belakang yang boleh menjiwai jerit perih rakyat. Bukan kita nak pemimpin yang suam-suam kuku yang tiba-tiba naik,” ujarnya.

Jurutera profesional ini bertemubual dalam siaran langsung program Ruang Bicara bersama BERNAMA membicarakan tajuk ‘Aspirasi Pemuda Perikatan Nasional’ di Ibu Pejabat agensi media tersebut, di sini malam tadi.

- Advertisement -

Beliau turut menyarankan supaya kerajaan memanfaat dan memanggil tenaga-tenaga berkemahiran dan pakar untuk bersama bekerja memajukan negara termasuk menyebut beberapa tokoh yang telah terbukti pencapaian mereka.

Ir Khairil juga dalam mengemukakan pandangan mengenai pelantikan Kabinet, secara terbuka membuat seruan kepada para pemimpin politik agar mempunyai jiwa besar untuk menyerahkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri.

Kemukanya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang lebih terdahulu telah menzahirkan sikap tersebut, sekali gus juga menjadi penanda aras dan mengelakkan daripada berlakunya perpecahan.

Malah kata beliau, Pemuda PAS juga selepas PRU14 masih duduk bersama rakan-rakan anak muda dari parti Kerajaan dan bukannya menunjukkan sikap membangkang segala perkara, sebaliknya membina pelbagai konsensus. – HARAKAHDAILY 6/3/2020

- Advertisement -