‘Ya, PAS siap siaga urus tadbir negara’ – Ir Khairil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS sememangnya bersiapsiaga mengurustadbir negara berbekalkan pengalaman 30 tahun memerintah menerusi Kerajaan Negeri Kelantan, selain Terengganu serta beberapa negeri seperti Selangor, Kedah dan Perak.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin bahkan berkata, pengurusan negara juga tidak hanya terlaksana melalui pemimpin politik, tetapi juga peranan Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kementerian, Pegawai Tinggi Diplomatik dan para penjawat awam.

Optimistik itu dizahirkan beliau ketika bertemubual dalam siaran langsung program Ruang Bicara bersama BERNAMA membicarakan tajuk ‘Aspirasi Pemuda Perikatan Nasional’ di Ibu Pejabat agensi media tersebut, di sini semalam.

- Advertisement -

“Jadi, pentingnya untuk ‘government of the day’ memastikan polisinya ‘clear’, sama ada ‘bottom up’, ataupun ‘top down’ punya polisi, itu soal lain. Polisi itu perlu untuk rakyat demi rakyat, dan difahami oleh petugas-petugas daripada KSU, daripada PTD.

“Dan ia akan menjadi kemudahan kepada Menteri-menteri. Menteri-menteri wajib percaya kepada ‘government servant’. Bukannya bersikap sebaliknya. Saya yakin, kalau begitulah keadaannya.

“Sebab itu kita tengok, contoh dalam Pakatan Harapan, ramai di antara mereka yang pembangkang seperti saya. Tidak pernah pun ada ‘experience’ mengurus negeri ataupun, negeri. Tetapi mereka boleh juga melaksanakan KPI-KPI yang telah ditetapkan kerana mereka dibantu oleh ‘government servant’, pekerja-pekerja kita yang amat ‘loyal’ kepada negara.

“Sebab itu pada saya, perkara ini tidak susah, asalkan kita menghormati mereka, dan kita tahu bagaimana cara mereka bekerja. Dan (dengan) polisi kita (yang) jelas, insya-Allah kita boleh memerintah dengan baik,” ujarnya yakin. – HARAKAHDAILY 6/3/2020

- Advertisement -