Peguam Negara tarik diri daripada kes Anwar?

- Advertisement -

PADA 14 Disember 2019, dalam komen bertajuk “Kes cabul Datuk Seri Anwar tak akan ke mana?”, saya menyebut betapa banyak pihak merasa yakin bahawa dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther ke atas Datuk Seri Anwar tidak akan berakhir di mahkamah.

Ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, dalam tulisan beliau bertajuk “A second prosecution of Anwar Ibrahim – is it in the national interest?” dan “Why was Anwar Ibrahim acquitted?”, pernah menyebut kedua-dua pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.

Menariknya, Peguam Yusoff Rawther, Haniff Khatri Abdullah, kini menggunakan tulisan yang sama bagi mendesak Tan Sri Tommy Thomas supaya menarik diri daripada membuat keputusan berkaitan kertas siasatan berhubung dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther.

Ini kerana, kata beliau, keputusan tidak berat sebelah dan berasaskan prinsip keadilan asasi tidak akan diperolehi akibat daripada kecenderungan fahaman dan pegangan Tan Sri Tommy Thomas bahawa kes-kes salah laku seksual Datuk Seri Anwar sebelum ini merupakan ‘konspirasi politik’.

Kita sama-sama lihat nanti:
(1)     Apakah Tan Sri Tommy Thomas akan menarik diri daripada kes ini?
(2)     Apa berlaku jika Tan Sri Tommy Thomas menarik diri daripada kes ini?
(3)     Apa berlaku jika Tan Sri Tommy Thomas tidak menarik diri daripada kes ini?

Komen saya:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2884270464950326&id=100001022016761

Komen Haniff Khatri:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=963733097360921&id=100011727181479

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 7/1/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -