COVID-19: Kematian ke-63, 170 kes baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kematian akibat pandemik COVID-19 di Malaysia mencapai jumlah kematian ke-63 secara kumulatif setakat hari ini dengan satu kematian baharu sahaja direkodkan.

- Advertisement -

Sementara penambahan 170 kes baharu positif jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, kes keseluruhan bagi jangkitan wabak itu kini 3,963 dengan 1,321 mencatatkan penyembuhan, iaitu sebanyak 33.33 peratus.

Hari ini, kes yang direkodkan untuk didiscaj adalah 80 kes, manakala semalam, kes pulih adalah 236 kes, paling tinggi jumlah pulih harian setakat ini.

Kes kematian ke-63 merupakan warganegara Malaysia, lelaki berumur 71 tahun yang dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor, beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia.

Setakat ini 4 kluster terbesar yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Perhimpunan keagamaan di Seri Petaling sebanyak 42 peratus, individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali, perhimpunan keagamaan di Kuching, serta majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi. – HARAKAHDAILY 7/4/2020

- Advertisement -