PRK Kuala Kubu Bharu: PN harap tiada salah guna kuasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional mengharapkan tiada penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak untuk mempengaruhi para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Portfolio Perpaduan Negara Perikatan Nasional Dr. Halimah Ali meyakini pengundi akan memilih calon yang berwibawa, bersih, bermoral dan mampu membela nasib dan kebajikan rakyat.

- Advertisement -

Sekali lagi menurutnya, sistem demokrasi menawarkan peluang buat rakyat Malaysia untuk memilih wakil mereka secara bebas jika ada pertandingan selepas proses penamaan calon 27 April ini.

“Setelah lebih 66 tahun Merdeka kita mengharapkan semua pihak akan berkempen secara matang dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang dengan memberi ruang seluas-luasnya kepada rakyat para pengundi di KKB untuk menilai dan membuat keputusan.

“Biar segalanya berjalan dalam suasana muhibbah dan harmoni tanpa ada sebarang unsur paksaan atau diskriminasi. Rakyat Malaysia berbilang kaum di KKB diyakini dapat membuat keputusan dengan sebaiknya demi masa depan negara dan negeri Selangor.

“Selamat berpilihan raya para pengundi Kuala Kubu Bharu,” ujar beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kapar dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, menurut laporan media tempatan baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei dengan 27 April ini sebagai hari penamaan calon.

Tambah laporan tersebut, hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari di mana tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April sehingga jam 11:59 malam, 10 Mei ini. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

- Advertisement -