PRN Sabah: Calon kompeten tepati aspirasi masyarakat lokal

- Advertisement -

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan isu berbangkit ketika lawatan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah telah memulakan rundingan pertama yang diketuai oleh Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Merican dan Setiausaha Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong di Menara Kinabalu, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

- Advertisement -

Ekoran PRNpada 29 November menarik perhatian umum bukan sekadar lambang demokrasi, iaitu rakyat mempunyai kuasa penuh untuk memilih calon yang membawa suara dan inspirasi mereka dalam proses penggubalan dasar dan undang-undang pentadbiran negeri demi kesejahteraan rakyat.

Namun di Sabah berbeza atas landskap dan geopolitik yang memerlukan induksi politik kawasan atau daerah, isu-isu etnik, budaya politik tempatan, sifat peribadi tokoh-tokoh politik setempat dan juga pergolakan politik di peringkat nasional.

Untuk rekod PRN kali ini mencatat calon bertanding teramai, sebanyak 23 parti termasuk calon bebas tampil bertanding, dengan 596 calon keseluruhan, purata lapan calon bagi setiap kerusi, menandakan perpecahan dan perebutan kuasa tanpa batas. Malahan calon keluarga anak, menantu, isteri, adik-beradik dan saudara-mara pemimpin sedia ada, menjadikan PRN ini seperti pertarungan kroni dinasti politik.

Ini menjadi medan nasi kawah yang tertumpah dan paling memalukan, kerana terdapat 4 bekas timbalan menteri dan ahli parlimen yang pernah memegang jawatan besar turut masuk gelanggang. Dalam kalangan mereka turut terbabit tokoh veteran negara, yang bukan sahaja kembali bertanding, tetapi turut mengheret isterinya masuk kancah politik.

Entiti ini telah hilang rasa malu dan menganggap pengundi mudah mendapat baja apabila menang kelak. Sebahagian mereka menunding Putrajaya salah kompas punca kemunduran Sabah pada hakikatnya berpunca daripada kegagalan pemimpin dan wakil rakyat mereka sendiri.

PRN Sabah dilihat yang terburuk dari sudut moral kerana wujud pemimpin yang rakus dan tamak. Ramai pemimpin Sabah gila kuasa sebahagiannya bertanding semata-mata mahu mengisi tabung akaun bank, bukan ikhlas berkhidmat kepada masyarakat. Mereka sanggup memecah-belahkan rakyat demi mengejar harta dan kedudukan. Meskipun pemimpin yang dilatih dengan baik akhirnya lompat parti atau menubuhkan parti baharu dan ada pula lompat parti sebanyak empat jenis parti demi mencapai cita-cita peribadi.

Pilihan raya suatu alat menuntut solusi bukan slogan untuk meyakinkan pengundi. Isu utama tentang kos sara hidup, prasarana, fasiliti dan infrastruktur, pertanian, pendidikan dan pekerjaan malah menjadi keutamaan seperti hospital, sekolah, bank, jalan raya, lampu jalan dan sebagainya, bukan manipulasi isu minda karat seperti conteng dan jatuhkan poster atau pengaruhi medsos konon makan roti kerana miskin tanpa usaha dan plan tindakan selepas menduduki 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi pemimpin Sabah masih gagal menaik taraf dan membawa kemajuan pada penduduk Sabah.

Kempen pilihan raya perlu relevan untuk menunaikan janji yang realistik kerana pengundi rata-rata terkesan kos sara hidup meningkat berbanding pendapatan. Banyak kampung masih kekurangan jalan asas, air bersih, dan liputan jalur lebar. Potensi pertanian tinggi tetapi sistem sokongan lemah, manakala jurang pendidikan dan pengangguran belia masih terabai. Semua isu ini tidak seharusnya menjadi janji bermusim dan calon perlu menunjukkan rekod prestasi mereka.

Sementara tuntutan 40 peratus hasil Sabah, melalui geran khas bukan janji pilihan raya. Hak hasil ini adalah asas kepada pemberdayaan fiskal Sabah, yang bermaksud perkhidmatan lebih baik, infrastruktur lebih mantap, dan lebih autonomi dalam mengurus keutamaan pembangunan. Ia adalah hak perlembagaan. Ia bukan ‘hadiah’ atau dasar fiskal bersyarat. Pemimpin mesti menganggap ini sebagai kewajipan undang-undang, bukan alat rundingan politik.

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 akan berlangsung usai penamaan calon pada 15 November 2025 (Sabtu) lalu diikuti dengan hari mengundi awal pada 25 November (Selasa). Sebanyak 1,784,843 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada PRN, apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah 6 Oktober lalu. DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, daripadanya enam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik. Pecahan pengundi yang layak mengundi dalam PRN kali ini, iaitu 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan.

PKR mengumumkan 10 calon dan DAP tujuh calon, semuanya bertanding di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH). Manakala Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon di 45 kerusi manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding di 55 DUN.

Sementara Parti Warisan, Parti Impian Sabah, dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah masing-masing akan bertanding di semua 73 DUN, diikuti PERIKATAN NASIONAL (41 DUN), STAR (40 DUN), KDM (40 DUN), Parti Kerjasama Anak Negeri (26 calon), SAPP (enam calon) serta 17 calon Bebas yang bergerak di bawah wadah “Gelombang Hitam”.

Oleh itu, PERIKATAN NASIONAL tampil dengan calon saringan ketat, lepasi syarat dan baiah serta kompeten sebagai penggubal dasar negeri yang amanah dan integriti kerana lingkungannya di bawah naungan wahyu.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 21/11/2025

- Advertisement -