PAS haramkan arak?

- Advertisement -

SEJAK bila negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS haramkan arak? Yang diharamkan PAS judi. Arak ini dibenarkan kepada penganut agama lain dengan kawalan yang sesuai dengan keperluan mereka.

Mamat ni ambil kat mana kata PAS di Semenanjung haramkan arak?

Kalau begitu, mungkin boleh ditanya semula, di Perak di bawah PH-BN sekarang ini menerusi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang meneliti untuk memperluaskan kawasan larangan jualan arak di bandaraya terutama yang melibatkan kawasan penempatan majoriti orang Islam.

- Advertisement -

Adakah nanti jika PH-BN menang di Sabah, mereka juga akan melakukan hal yang sama, akan memperluaskan kawasan larangan penjualan arak terutama di kawasan majoriti orang Islam?

Atau ia akan menjadi PH-BN Perak benarkan diluaskan larangan pengharaman jualan arak, PH-BN Sabah tidak benarkan?

Bagaimana dengan negeri-negeri PH-BN yang lain di Semenanjung yang membuat keputusan mengetatkan jualan arak? Dan juga bagaimana nasihat Menteri Agama supaya jauhkan diri dari arak? Di Sabah nanti macam mana?

Pening Mamat ni, mohon orang Sabah jangan hanya dengar tapi cari berita berkenaan arak di Semenanjung. Musim kempen ini, musim memfitnah, terutama dari PH-BN.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 21/11/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -