Anak muda bukan sekadar disapa, tetapi disantuni

- Advertisement -

TAWAU: “Anak muda ini bukan sekadar disapa, tetapi mesti disantuni!” kata calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi DUN Balung, Dr Munzier Mahamud.

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian susulan malam tadi, Kompleks Sukan Bandar Sri Indah menjadi saksi semangat kesukanan, bakat yang terpendam dan ukhuwah yang rapat orang muda Sabah dalam perlawanan futsal persahabatan Quoin Hill FC menentang Santai FT. (Foto atas)

Tambahnya, turut memeriahkan suasana ialah Ketua Pemuda PAS negeri, Hendri Hamsah.

Beliau berkata, ini membuktikan bahawa kepimpinan yang prihatin turun padang bersama rakyat, bukan hanya di podium, tetapi di gelanggang.

“Ini macam baru bagus. Bukan mau uji siapa lebih handal. Cuma mau eratkan ukhuwah saja. Kita mau kasi bagus ini Sabah kan?”

“Anak muda Balung, inilah medan kita.

“Sukan, santai, semangat. Semuanya menuju satu matlamat, demi Balung Sejahtera,” ujarnya lagi.

Dr. Munzier bakal berdepan saingan 11 penjuru di DUN Balung yang mempunyai 22,252 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ini.

Beliau merupakan calon terbaik berdasarkan latar belakang profesional dalam bidang perubatan dan dikenali ramai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 29 November manakala pengundian awal 25 November.

Seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi pada PRN kali ini yang terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan. – HARAKAHDAILY 20/11/2025

- Advertisement -