Kejadian tikaman rambang, 1 maut, 2 cedera

Anggota polis memerika lokasi kejadian serangan rambang.
- Advertisement -

NAGANO: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tikaman rambang berhampiran stesen keretapi Nagano, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam waktu tempatan itu, ketiga-tiga mangsa dilaporkan sedang menunggu di sebuah perhentian bas sebelum seorang lelaki bertindak melakukan serangan tersebut.

- Advertisement -

Mangsa yang maut merupakan lelaki berusia 49 tahun, manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 30-an mengalami kecederaan parah. Seorang lagi mangsa adalah wanita berusia 30-an.

Seorang mangsa memberitahu pasukan penyiasat bahawa suspek mungkin berusia lingkungan 40-an dan melarikan diri ke arah selatan, iaitu di kawasan pusat bandar.

Suspek dilaporkan berbadan langsing, ketinggian antara 165 hingga 175 sentimeter dan memakai cermin mata serta sesuatu seperti kain putih di atas kepalanya.

Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun yang mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan serangan pisau rambang dan pembakaran di stesen kereta api bawah tanah. – AGENSI 23/1/2025

- Advertisement -