Permintaan kenaikan gaji ditolak: Penolong prof letak jawatan

Penolong profesor lelaki di sebuah kolej kejuruteraan di Bengaluru yang sudah 10 tahun mengajar di situ, bertindak meletakkan jawatan selepas susulan isu gaji. (FOTO: NDTV)
- Advertisement -

BENGALURU: Seorang penolong profesor lelaki di sebuah kolej kejuruteraan bertindak meletakkan jawatan selepas permintaannya untuk kenaikan gaji ditolak oleh pengetua di kolej berkenaan.

Dalam tulisannya di laman Reddit pada Isnin, penolong prof berumur 37 tahun itu menulis, walaupun dia telah mendedikasikan selama hampir 10 tahun kepada kolej itu dan menerima maklum balas positif daripada pelajarnya, permintaannya untuk kenaikan gaji tidak pernah diluluskan, lapor NDTV.

“Saya melakukan segala-galanya dan saya tidak pernah mengatakan tidak ada kerja yang diberikan. Pelajar gembira dengan pengajaran saya. Saya menerima maklum balas yang baik secara konsisten daripada pelajar saya.

- Advertisement -

“Saya telah membantu pelajar dengan pembangunan projek dan pertandingan. Banyak kali saya membayar yuran penyertaan dari poket saya untuk banyak pertandingan. 

“Saya biasanya kekal di kolej sehingga jam 8 ke 9 malam. Saya bekerja pada hari Ahad juga,” tulisnya.

Beliau dalam pada itu berkata, kehidupannya sepanjang bergelar tenaga pengajar di kolej berkenaan sebelum ini berada dalam keadaan baik, sehinggalah pada 2019 apabila pengetua di kolejnya telah digantikan.

“Saya berada di sini sejak 10 tahun yang lalu. Semuanya normal sehinggalah pada 2019. Pengetua baharu yang menyertai pada 2019 telah menutup tiga cawangan di kolej kami.

“Saya tidak tahu. Saya tidak dapat memahami kesilapan yang saya lakukan. Seluruh kolej tahu apa yang saya lakukan tetapi pengetua kami tidak bersedia untuk mengakuinya,” ujarnya.

Di penghujung tulisannya itu, dia turut mendakwa tidak dibayar sebarang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas struktur gaji berubah secara tiba-tiba, di samping mendakwa tenaga pengajar baru mendapat gaji lebih daripadanya.

“Bayaran elaun ‘dearness’ dikurangkan daripada 115 peratus kepada 30 peratus, dan baki 85 peratus ditambah kepada elaun lain. Ini mengurangkan gaji saya sekurang-kurangnya 50 peratus,” katanya.

Hantarannya di Reddit itu telah mendapat lebih seribu tanda suka dan lebih seratus komen daripada pengguna yang melihat perkongsiannya itu. Rata-rata berpandangan apa yang berlaku terhadap penolong profesor itu sebagai tidak adil dan tidak sepatutnya berlaku. -Agensi/– HARAKAHDAILY 26/8/2024

- Advertisement -