Hubungan Tehran-Riyadh diperkukuh tingkatkan kekuatan Islam

Masoud Pezeshkian (kanan) dan Putera Mahkota Saudi.
- Advertisement -

TEHRAN: Iran telah mengadakan perbincangan dengan Arab Saudi bagi memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara bermatlamat meningkatkan kuasa dunia Islam dalam membela rakyat Palestin.

Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman dalam perbualan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu berkata, pembangunan kerjasama antara Tehran dan Riyadh sebagai dua negara berpengaruh adalah ‘penting’, sambil menambah bahawa langkah-langkah berkesan baru-baru ini telah diambil untuk pengembangan kerjasama bersama dalam arena antarabangsa.

- Advertisement -

“Kedua-dua  Iran dan Saudi mempunyai potensi dan keupayaan yang luas untuk mengembangkan hubungan mereka dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang kebudayaan, perdagangan dan pelaburan” katanya.

Putera Mahkota juga menyuarakan harapan kedua-dua negara akan menyaksikan masa depan yang cerah seiring kerajaan baharu Iran, lapor IRNA.

“Beta yakin bahawa perkembangan hubungan antara Iran dan Arab Saudi akan menjadi kepentingan dunia Islam, termasuk isu Palestin,” titah Putera mahkota Saudi itu.

Pada awal Rabu, media tempatan di Saudi melaporkan bahawa Putera Mahkota telah menzahirkan ucapan kepada Pezeshkian atas kemenangannya dalam pilihan raya di Iran baru-baru ini.

Dalam panggilan telefon, putera mahkota Saudi melahirkan rasa gembira dengan perkembangan terbaharu dalam mengukuhkan hubungan antara Iran dan Saudi dalam pelbagai bidang dan menekankan keperluan untuk mengukuhkan hubungan itu sebaik mungkin.

Pezeshkian bagi bagi pihaknya pula, melahirkan rasa terima kasihnya kepada Putera Mahkota Saudi atas ucapan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden di Iran baru-baru ini tersebut. -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/7/2024

- Advertisement -