Demo Rakyat Lawan Anwar: Anak Malaysia sokong Demi Negara

Mohammad Rosharizan (gambar kanan), serta (dari kiri), YB Viral, Dayangku Intan dan Siti Zulaika Olivia (gambar kiri).
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia) menyatakan sokongan penuh terhadap gerakan Demi Negara dalam menangani isu pemilikan saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh syarikat yang dimiliki konglemerat pro-Israel, BlackRock Inc (BlackRock).

Pengerusinya, Mohammad Rosharizan Mohd Rozlan berkata, pihaknya percaya bahawa isu ini memerlukan perhatian serius dan tindakan segera daripada pihak berkuasa serta seluruh rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Pengerusinya, Mohammad Rosharizan Mohd Rozlan berkata, pihaknya percaya bahawa isu ini memerlukan perhatian serius dan tindakan segera daripada pihak berkuasa serta seluruh rakyat Malaysia.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara untuk mempertahankan kedaulatan ekonomi dan kepentingan strategik negara. 

“Pemilikan saham oleh entiti asing seperti BlackRock dalam syarikat penting negara seperti MAHB yang mengendalikan lapangan terbang utama di Malaysia boleh memberi implikasi besar terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

“Justeru, tindakan proaktif perlu diambil untuk memastikan bahawa kepentingan negara tidak tergadai,” ujar beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh yang demikian, menurutnya, Anak Malaysia akan menyokong secara terbuka, menyertai siri penerangan dan menyebarkan maklumat dan isu terkini ini bersama Gerakan Demi Negara.

“Anak Malaysia juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati dalam isu ini. Hanya dengan kesatuan dan semangat patriotik yang kuat, kita dapat memastikan masa depan yang cerah dan berdaulat untuk Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, Harakahdaily melaporkan pada 22 Jun lalu, tiga aktivis kepentingan awam dan pembentuk pendapat daripada gerakan masyarakat sivil, Demi Negara  telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, susulan sebabkan perancangan mengadakan demonstrasi, Demo Rakyat Lawan Anwar Round 1 itu di hadapan Kompleks Seri Perdana Putrajaya pada jam 4 petang Sabtu (29 Jun) ini. 

Ketiga-tiga aktivis yang terdiri daripada pempengaruh media sosial, Aidil Yunus yang turut dikenali sebagai YB Viral; artis popular era 80-an, Dayangku Intan, serta seorang lagi ialah Siti Zulaikha Olivia telah dilayan baik oleh pihak polis; dan mereka mengumumkan demonstrasi tersebut tetap akan diteruskan.

Terbaharu,media tempatan melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya berkata, Demo Rakyat Lawan Anwar berkenaan tidak dapat kelulusan Perbadanan Putrajaya.

“Walaupun pihak penganjur telah menghantar notis kepada pihak pihak polis pada 14 Jun lalu, namun mereka tidak menghantar kebenaran kepada Perbadanan Putrajaya,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2024

- Advertisement -